Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha....



10 Zulhijah, muslimin serta muslimat seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali Hari Raya Qurban... Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah (Jabar Rahmah), di luar bandar Mekah. Itulah serba sedikit info mengenai Hari Raya Aidiladha...Suma org dh tau kn,... xpe la, saling memperingati kan...

so seperti biasa my mum akan masak rendang..yummmyyy..gler sdp..ni pun taip laju2 sbb nak g mkn.weee~~.. sgt terliur tgk adikku,baby yg sdg menikmati rendang ayam... Hm kebetulan semalam, Mr. Fadli tanya "Wa, apa pengorbanan awak sempena raya ni?" aku jwb apa ntah..serius lupa..sbb aku xtau jwpan aku tu logik ke x? teruk kan..Maybe blom ada lg pengorbanan aku sekarang ni... next time mungkin...tee heee..

Oh ye, apa pengorbanan korang???share la skit..hihi


No comments:

Post a Comment